V-1_(bom_terbang)
V-1_(bom_terbang)

V-1_(bom_terbang)

Peluru berpandu V-1 atau bom terbang V-1 (Bahasa Jerman: Vergeltungswaffe 1 "Senjata Balas Dendam 1"[lower-alpha 1])—juga dikenali oleh pihak Bersekutu sebagai bom buzz, atau doodlebug,[3][lower-alpha 2] dan di Jerman sebagai Kirschkern (cherrystone) atau Maikäfer (maybug)[5]—merupakan sebuah peluru berpandu krus terawal dan pesawat pengeluaran pertama yang menggunakan enjin denyutan jet (pulsejet).Senjata V-1 telah dibangunkan di Pusat Penyelidikan Tentera Darat Peenemünde oleh Luftwaffe Jerman Nazi ketika Perang Dunia II. Semasa pembangunan awal ia dikenali dengan nama kod "Cherry Stone". Siri pertama "Senjata balas dendam" (Senjata-V atau Vergeltungswaffen) direka untuk pengeboman ganas ke atas London — disebabkan jaraknya yang terhad, ribuan misil V-1 yang dilancarkan ke England telah dilepaskan daripada tapak pelancaran disepanjang pantai (Pas-de-Calais) Perancis dan Belanda. V-1 yang pertama telah dilancarkan ke London pada 13 Jun 1944[6]), seminggu selepas (dan didorong oleh) kejayaan pendaratan tentera Bersekutu di Eropah. Pada kemuncaknya, lebih kurang seratus buah V-1 dilancarkan sehari ke tenggara England, 9,521 jumlah keseluruhannya, bilangan berkurangan setelah tapaknya ditawan sehingga bulan Oktober 1944, apabila tapak terakhir V-1 dalam lingkungan Britain telah ditawan oleh tentera Bersekutu. Selepas ini, senjata V-1 dihalakan ke pelabuhan Antwerp dan sasaran lain di Belgium, dengan 2,448 buah V-1 telah dilancarkan. Serangan tersebut terhenti hanya sebulan sebelum perang di Eropah tamat, apabila tapak pelancaran terakhir di Negeri-Negeri Pamah ditawan pada 29 Mac 1945.Pihak British mengendalikan aturan pertahanan udara, termasuk meriam anti pesawat dan pesawat pejuang, untuk memintas bom-bom tersebut sebelum ia menghampiri sasaran mereka sebagai sebahagian daripada Operasi Crossbow, manakala tapak pelancaran dan depot simpanan V-1 bawah tanah menjadi sasaran pengeboman strategik.[7]

V-1_(bom_terbang)

Tempat asal Jerman Nazi
Tinggi 1.42 m (4 ka 8 in)
Sistempemanduan Kawalan automatik berasaskan girokompas
Lebar 5.37 m (17.6 ka)
Dalam perkhidmatan 1944–1945
Kelajuan 640 km/h (400 mph) terbang antara 600 hingga 900 m (2,000 hingga 3,000 ka)
Warhead weight 850 kg (1,870 lb)
Warhead Amatol-39
Berat 2,150 kg (4,740 lb)
Panjang 8.32 m (27.3 ka)
Perang Perang Dunia II
Pereka Robert Lusser
Enjin Denyutan jet Argus As 109-014
Kos unit 5,090 RM[1]
Digunakan oleh Luftwaffe
Jarakoperasi 250 km (160 mi)[2]
Pengeluar Fieseler
Jenis Peluru berpandu

Rujukan

WikiPedia: V-1_(bom_terbang) http://www.flyingbombsandrockets.com/V1_into.html http://www.stelzriede.com/ms/html/sub/marshwvw.htm http://archive.org/details/FZG76 http://www.warbirdsresourcegroup.org/LRG/v1.html http://myunclefred.blogspot.co.uk/ https://books.google.com/books?id=IXbM47YryhsC&pg=... https://books.google.combooks?id=ldVdwLrOwFoC&lpg=... https://archive.org/details/gov.archives.arc.39150 https://web.archive.org/web/20070928191415/http://... https://commons.wikimedia.org/wiki/Category:V-1?us...