Peperangan_anti_pesawat

Peperangan anti pesawat atau pertahanan balas udara ditakrifkan oleh NATO sebagai "semua langkah-langkah dibuat untuk membatalkan atau mengurangkan keberkesanan tindakan udara musuh."[1] Ia merangkumi sistem senjata yang bertempat di darat dan udara, sistem sensor yang berkaitan, pengurusan perintah dan kawal dan langkah-langkah pasif (seperti belon baraj). Ia boleh digunakan untuk melindungi tentera laut, darat, dan udara di mana-mana lokasi. Walaubagaimanapun, bagi kebanyakkan negara usaha utama lebih cenderung menjadi 'pertahanan tanahair'. NATO merujuk pertahanan udara airborne sebagai cegah udara dan pertahanan udara tentera laut sebagai peperangan anti pesawat. Pertahanan peluru berpandu adalah lanjutan daripada pertahanan udara sebagai inisiatif untuk menyesuaikan pertahanan udara dengan tugas memintas sebarang projektil yang terbang.Di beberapa negara, seperti Britain dan Jerman semasa Perang Dunia Kedua, pihak Soviet Union dan Markas Bersekutu Eropah NATO, pangkalan darat pertahanan udara dan pesawat pertahanan udara telahpun berada dibawah perintah dan kawal bersepadu. Namun, ketika seluruh pertahanan udara mungkin untuk pertahanan tanah air termasuk kemudahan tentera, pasukan-pasukan di medan tempur, dimana sahaja mereka berada, selalunya menggerakkan keupayaan pertahanan udara mereka sendiri jika terdapat ancaman udara. Keupayaan pangkalan darat pertahanan udara juga boleh diatur gerak secara ofensif untuk menghalang penggunaan ruang udara oleh pihak lawan.Sehingga tahun 1950an, meriam yang menembak peluru-peluru balistik antara 20 mm hingga 150 mm adalah senjata yang standard; peluru berpandu kemudian menjadi dominan, kecuali pada jarak yang sangat dekat (sama dengan sistem senjata jarak dekat, yang biasanya menggunakan meriam putar automatik atau, didalam sistem yang sangat moden, peluru berpandu permukaan ke udara jarak dekat versi peluru berpandu udara ke udara).