Peluru_berpandu_krus
Peluru_berpandu_krus

Peluru_berpandu_krus

Peluru berpandu krus (atau kadang kala dipanggil sebagai peluru berpandu luncur atau peluncur) merupakan sebuah peluru berpandu yang menggunakan sayap pengapung dan biasanya menggunakan sistem tujahan jet untuk mengekalkan penerbangan. Peluru berpandu krus secara prinsipnya merupakan sebuah pesawat udara tanpa pemandu. Ia biasanya direka untuk membawa kepala peledak nuklear atau sejumlah besar bahan letupan konvensional sejauh beratus-ratus kilometer dengan tepat. Pada 2005, peluru berpandu krus biasanya meluncur pada kelajuan sub-sonik, pemanduan-sendiri dan terbang pada aras rendah bagi mengelakkan daripada dikesan oleh radar. Pembangunan terkini peluru berpandu krus oleh India dan Rusia yang dinamakan BRAHMOS (sempena sungai Brahmaputra di India dan sungai Moscow di Rusia) merupakan sebuah peluru berpandu krus berkelajuan supersonik dan mempunyai kadar ketepatan yang tinggi. BRAHMOS dipercayai adalah sebuah peluru berpandu supersonik yang paling tepat di dunia dan ia boleh dilancarkan dari udara, laut atau darat.Pada 2011, dianggarkan sebiji peluru berpandu krus berharga £500,000 (US$830,000).[1]