Senjata_anti_satelit
Senjata_anti_satelit

Senjata_anti_satelit

Senjata anti satelit merupakan sebuah senjata angkasa yang direka bagi melumpuhkan atau memusnahkan satelit untuk kegunaan strategik ketenteraan. Pada masa ini, hanya Amerika Syarikat, Kesatuan Soviet (kini Rusia) dan Republik Rakyat China yang diketahui telah membangunkan senjata ini. Pada 11 Januari, 2007, China telah memusnahkan satelit cuaca lama di orbit. Amerika Syarikat juga memusnahkan sebuah satelit pengawasan yang tidak berfungsi pada 21 Februari, 2008.