Roket_V-2
Roket_V-2

Roket_V-2

Roket V-2 (Bahasa Jerman: Vergeltungswaffe 2, "Senjata Balas Dendam 2"), nama teknikal Aggregat 4 (A4), merupakan peluru berpandu balistik jarak jauh pertama dunia[4]. Peluru berpandu dengan enjin roket bahan api cecair telah dibangunkan semasa Perang Dunia II di Jerman sebagai "senjata pembalasan", ditetapkan untuk menyerang bandar-bandar Bersekutu sebagai membalas dendam atas pengeboman Bersekutu terhadap bandar-bandar Jerman. Roket V-2 juga menjadi objek buatan manusia pertama yang melintasi sempadan angkasa dengan pelancaran menegak MW 18014 pada 20 Jun 1944.[5]Penyelidikan dalam penggunaan roket jarak jauh tentera bermula apabila kajian-kajian dari pelajar siswazah Wernher von Braun menarik perhatian Tentera Darat Jerman. Satu siri prototaip memuncak dengan A-4, yang memasuki perang sebagai V-2. Bermula bulan September 1944, lebih 3,000 V-2 telah dilancarkan oleh Wehrmacht Jerman keatas sasaran Bersekutu semasa peperangan, mula-mula London dan kemudian Antwerp dan Liège. Menurut dokumentari BBC 2011, serangan ini menyebabkan kematian kira-kira 9,000 orang awam dan anggota tentera, manakala 12,000 buruh paksa dan tawanan kem tahanan maut kerana menghasilkan senjata ini.[6]Setelah kejatuhan Jerman, pasukan-pasukan dari tentera Bersekutu—iaitu Amerika Syarikat, United Kingdom, dan Soviet Union—berlumba-lumba untuk merampas tapak utama pembuatan dan teknologi Jerman. Wernher von Braun dan lebih 100 orang kakitangan penting V-2 menyerah diri kepada pihak Amerika. Akhirnya banyak pasukan asal V-2 bekerja di Redstone Arsenal. Pihak AS juga merampas secukupnya perkakasan V-2 untuk membina kira-kira 80 buah misil. Pihak Soviet dapat memiliki fasiliti penghasilan V-2 selepas perang, membuat semula pengeluaran V-2, dan memindahkannya ke Soviet Union.

Roket_V-2

Tempat asal Jerman Nazi
Dihasilkan 16 Mac 1942 – 1945 (Jerman)
Sesetengah dipasang selepas perang
Sistempemanduan Giroskop untuk menentukan arah
Pecutan giroskopik jenis gantung-Müller untuk pemutus enjin bagi kebanyakkan pengeluaran roket[2][3]:225
Dalam perkhidmatan 1944–1952
Detonationmechanism impak
Kelajuan maksimum:5,760 km/h (3,580 mph)
pada impak: 2,880 km/h (1,790 mph)
Lebar sayap 3.56 m (11 ka 8 in)
Warhead 1,000 kg (2,200 lb) Amatol
Berat 12,500 kg (27,600 lb)
Panjang 14 m (45 ka 11 in)
Pereka Pusat Penyelidikan Tentera Darat Peenemünde
Altitud penerbangan 88 km (55 mi) ketinggian maksimum pada trajektori jarak jauh,
206 km (128 mi) ketinggian maksimum jika dilancarkan secara menegak
Digunakan oleh Tentera Darat Jerman
SS
Pasca perang:
United Kingdom
Amerika Syarikat
Soviet Union
Kos unit 100,000 RM Januari 1944, 50,000 RM Mac 1945[1]
Jarakoperasi 320 km (200 mi)
Pengeluar Mittelwerk GmbH
Diameter 1.65 m (5 ka 5 in)
Platformpelancaran Bergerak (Meillerwagen)
Bebaling 3,810 kg (8,400 lb) 75% etanol/25% air
4,910 kg (10,820 lb) oksigen cair
Jenis Peluru berpandu balistik peringkat tunggal