Wernher_von_Braun
Wernher_von_Braun

Wernher_von_Braun

Wernher Magnus Maximilian Freiherr von Braun (23 Mac 1912 – 16 Jun 1977) adalah seorang rakyat Jerman, kemudian Amerika, merupakan jurutera aeroangkasa[2] dan arkitek angkasa yang dipuji dengan mencipta Roket V-2 untuk Jerman Nazi dan Saturn V untuk Amerika Syarikat.[3][4] Beliau merupakan salah seorang tokoh terkemuka dalam pembangunan teknologi roket di Jerman Nazi, dan merupakan seorang ahli Parti Nazi serta anggota SS.Selepas Perang Dunia II, beliau berpindah ke Amerika Syarikat, bersama dengan hampir 1,500 saintis, jurutera, dan juruteknik lain, sebagai sebahagian daripada Operasi Paperclip, dimana beliau membangunkan roket-roket yang melancarkan satelit angkasa Explorer 1 pertama Amerika Syarikat, dan pendaratan manusia di bulan dalam Program Apollo.Pada usia dua puluhan dan awal tiga puluhan, von Braun bekerja dalam program pembangunan roket Jerman, dimana beliau membantu mereka bentuk dan membangunkan roket V-2 di Peenemünde semasa Perang Dunia II. Selepas perang, von Braun bekerja untuk Tentera Darat Amerika Syarikat dalam program peluru berpandu balistik jarak pertengahan (IRBM) sebelum kumpulannya diserapkan kedalam NASA. Dibawah NASA, beliau bertugas sebagai pengarah Marshall Space Flight Center yang baru dibentuk dan sebagai ketua arkitek kenderaan pelancaran Saturn V, superbooster yang mendorong pesawat angkasa Apollo ke bulan.[5] Pada tahun 1975, beliau menerima pingat National Medal of Science. Beliau terus berkeras dengan misi manusia ke planet Marikh disepanjang hidupnya.

Wernher_von_Braun

Dikebumikan Alexandria
Pekerjaan Jurutera roket dan pereka, pengurus projek aeroangkasa
Pangkat  SS-Sturmbannführer (Mejar)
Ibu bapa Magnus von Braun (1878–1972)
Emmy von Quistorp (1886–1959)
Kerakyatan Jerman
Amerika Syarikat (selepas 1955)
Pasangan Maria Luise von Quistorp (k. 1947–1977)
Anugerah Knight Cross of the War Merit Cross berserta Pedang (1944)
War Merit Cross, Kelas Pertama berserta Pedang (1943)
Anak Iris Careen von Braun
Margrit Cecile von Braun
Peter Constantine von Braun
Tugas lain Jurutera roket, NASA, Ketua Arkitek roket Saturn V yang mengendalikan misi Apollo ke bulan, pengurus program kejuruteraan
Tahun perkhidmatan 1937–45
Kesetiaan  Jerman Nazi
Warganegara Jerman, Amerika
Meninggal dunia 16 Jun 1977(1977-06-16) (umur 65)
Alexandria, Virginia, A.S.
Kelahiran Wernher Magnus Maximilian, Freiherr von Braun
(1912-03-23)23 Mac 1912
Wirsitz, Provinsi Posen, Prusia, Jerman
Pusat pendidikan Universiti Teknikal Berlin
Perkhidmatan SS

Rujukan

WikiPedia: Wernher_von_Braun http://www.aljazeera.com/indepth/opinion/2013/05/2... //www.amazon.com/dp/B0006CKBHY http://efour4ever.com/44thdivision/vonbrauncapture... http://www.flightglobal.com/pdfarchive/view/1967/1... http://www.numericana.com/arms/vonbraun.htm http://www.thespacereview.com/article/656/1 http://www.v2rocket.com/start/chapters/vonbraun.ht... http://www.dora.de/index_cten.html http://socialarchive.iath.virginia.edu/ark:/99166/... http://catalogo.bne.es/uhtbin/authoritybrowse.cgi?...