Penyiasatan Pembunuhan_beramai-ramai_Bucha

Ukraine

Ucapan Presiden Zelenskyy mengenai pembunuhan beramai-ramai

Polis Kebangsaan Ukraine membuka penyiasatan terhadap peristiwa di Bucha, dengan kawasan yang luas dianggap sebagai tempat kejadian jenayah.[34] Pada masa yang sama, Kementerian Luar meminta siasatan Mahkamah Jenayah Antarabangsa dilakukan di Ukraine dan penyiasat dihantar ke Bucha dan kawasan lain di Oblast Kyiv. Menteri Luar Negeri Dmytro Kuleba juga menyeru kumpulan antarabangsa yang lain untuk mengumpul bukti.[35]

Rusia

Rusia meminta satu mesyuarat khas Majlis Keselamatan PBB, yang mana ia adalah salah satu daripada lima anggota tetap, untuk menangani apa yang didakwa sebagai "provokasi keji dari radikal Ukraine" berhubung rakaman mayat di Bucha yang Rusia dakwa sebagai 'lakonan'.[36] Alexander Bastrykin, ketua Jawatankuasa Penyiasatan Rusia, mengarahkan penyiasatan terhadap apa yang dilabelkannya sebagai "provokasi Ukraine", menuduh pihak berkuasa Ukraine menyebarkan "maklumat palsu dengan sengaja" mengenai tindakan angkatan tentera Rusia.[37] Banyak dakwaan Rusia telah disangkal oleh Bellingcat,[38] BBC[39] dan New York Times.[31]

Rujukan

WikiPedia: Pembunuhan_beramai-ramai_Bucha http://web.archive.org/web/20220405112511/https://... //geohack.toolforge.org/geohack.php?pagename=Pembu... //www.worldcat.org/issn/0140-0460 https://www.bbc.com/news/60981238 https://www.bbc.com/news/av/world-europe-60968546 https://www.bbc.com/news/live/world-europe-6094970... https://www.bbc.com/news/world-europe-60967463 https://www.bellingcat.com/news/2022/04/04/russias... https://edition.cnn.com/europe/live-news/ukraine-r... https://english.elpais.com/international/2022-04-0...