Pemecahan_Poland
Pemecahan_Poland

Pemecahan_Poland

Pemecahan Poland atau Pemecahan Komanwel Poland–Lithuania ialah satu siri pemecahan yang berlaku dalam tempoh separuh kedua abad ke-18 dan akhirnya menamatkan kewujudan Komanwel Poland-Lithuania (Bahasa Poland: Rzeczpospolita Obojga Narodów; Templat:Lang-be; Bahasa Lithuania: Abiejų Tautų Respublika), sekaligus menghapuskan Poland, and Lithuania yang merdeka, negara-negara rakan dalam Komanwel, buat 123 tahun. Pemecahan dilakukan Empayar Rusia, Kerajaan Prussia dan Austria Habsburg, yang membahagi-bahagikan tanah wilayah Komanwel antar mereka sendiri secara berperingkat-peringat.[1][2][3][4][5]Pemecahan Poland Pertama ditentukan pada 5 Ogos 1772. Dua dekad kemudian, askar-askar Rusia dan Prusia memasuki lagi Komanwel itu lalu Pemecahan Poland Kedua telah ditandatangani pada 23 Januari 1793. Austria tidak turut serta dalam Pemecahan Kedua. Pemecahan Kedua berlaku pada 24 Oktober 1795, sebagai tindak balas keatas Pemberontakan Kościuszko tahun sebelumnya. Dengan pemecahan ini, hilanglah Komanwel Poland-Lithuania.[1]