Pemikiran
Pemikiran

Pemikiran

Pemikiran (ڤميکيرن) ialah cara atau hal memikirkan sesuatu,[1] yakni aliran fikiran berteraskan matlamat yang boleh membawa kepada penyelesaian yang berteraskan alam nyata,[2] dan merupakan suatu proses mental. Pemikiran membolehkan manusia untuk memahami, mentafsir atau membentuk dunia yang dialami manusia dan membuat ramalan tentang dunia itu. Oleh itu, pemikiran adalah berguna kepada suatu organisma dalam keperluan, matlamat dan kehendak ketika membentuk suatu rancangan atau usaha untuk mencapai matlamat yang diingini.Oleh kerana pemikiran adalah asas kepada tingkah laku dan perhubungan manusia, pemahaman tentang asal dan kesan pemikiran daripada segi fizikal dan metafizikal ialah matlamat yang penting dalam pelbagai bidang akademik seperti falsafah, linguistik, neurosains dan kecerdasan buatan. Pemikiran ialah fungsi kognitif tahap tinggi dan kajian berkenaan proses pemikiran adalah sebahagian daripada psikologi kognitif.