Pemilihan_seks
Pemilihan_seks

Pemilihan_seks

Tiada sebab dinyatakan untuk tag wikikan pada rencana ini. Anda boleh memasukkan sebab dengan menggunakan parameter |reason=, seperti berikut: {{Wikikan|reason=Sebab anda di sini}}Pemilihan seks adalah satu bentuk pemilihan semula jadi. Pemilihan seks melibatkan suatu individu yang mempunyai jantina biologi tertentu memilih pasangan yang mempunyai jantina biologi yang berlawanan (pemilihan interseks) dan bersaing dengan individu daripada jantina sendiri untuk mendapatkan pasagan yang berlawan jantina (pemilihan intraseks). Dua bentuk pemilihan ini bermaksud sebahagian individu mempunyai kejayaan untuk membiak yang lebih baik berbanding sebahagian yang lain dalam sesuatu populasi. Peluang yang untuk membiak lebih baik ini wujud sama ada disebabkan pemilihan pasangan yang lebih menarik atau mempunyai ciri-ciri yang menarik untuk bagi menhasilkan zuriat.[1][2] Contohnya, dalam musim mengawan satu populasi katak, pemilihan seksual berlaku pabila katak jantan berkumpul di gigi air dan membuat panggilan mengawan: menguak. Katak betina yang sampai di kawasan gigi air tersebut kemudiannya akan membuat pilihan katak jantan yang mempunyai suara yang paling dalam dan kawasan mengawan yang terbaik. Secara umumnya, katak jantan terpilih mendapat manfaat daripada proses mengawan yang kerap dan dapat memonopoli akses kawanan katak betina yang subur. Katak betina pula akan mempunyai bilangan zuriat yang terhad dan dapat memksimumkan pulangan tenaga yang telah mereka gunakan in proses pembiakan. Konsept pada awalnya telah cadagnakan oleh Charles Darwin dan Alfred Russell Wallace. Mereka menguraikan pemilihan seksual sebagai pemacu kepada proses spesiasi. Hal ini juga menerangkan mengapa banyak organisma mempunyai ciri-ciri daripada evolusi yang membahayakan survival mereka sebagai individual,[3] Ronald Fisher kemudian telah mengembangkan konsep ini pada abad ke-20. Pemilhan seksual menyebabkan ciri-ciri ekstrem terutamanya pada organisma jantan bagi mempamerkan kecergasan (fitness) mereka untuk dipilh oleh individu betina. Hal ini kemudianya menyebabkan terhasilanya dimorfisme pada ciri-ciri seksual sekunder seperti bulu pelepah hiasan pada burung syurgawi dan kuang, tanduk pada rusa, dan bulu leher pada singa. Dimorfisme ini terjadi disebabkan oleh mekanisma tindak balas positif oleh pasangan berlawan jantina. Mekanisma ini dikenali sebagai Rantaian Fisher (Fisherian runaway). Rantaian Fisher berlaku apabila perwarisan kehendak terhadap sesesuatu trait oleh satu-satu jantina alah sama penting untuk mempunyai trait tersebut jantina. Walaupun hipotesis anak jantan menarik menyatakan bahawa satu individu betina sentiasa tertarik kepada anak jantan, prinsip Fisher ini menerangkan mengapa nisbah jantina adalah 1:1 tanpa pengecualian. Pemilihan seks juga didapati pada tumbuhan dan kulat.Kesinambungan pembiakan seks di dunia yang penuh persaingan ini masih menjadi misteri kepada ilmu biologi di sebalik keupayaan pembiakan aseks yang dapat menghasilkan 50% lebih banyak zuriat. Walaubagaimanapun, satu kajian yang diterbitkan pada tahun 2015 menunjukkan pemilihan seksual dapat menerangkan kelangsungan pembiakan seksual organisma hidup. [4].

Berkaitan

Pemilihan kepimpinan Parti Keadilan Rakyat 2022 Pemilihan semula jadi Pemilihan kepimpinan Parti Islam Se-Malaysia 2021 Pemilihan kepimpinan Parti Islam Se-Malaysia 2023 Pemilihan kepimpinan Parti Konservatif Julai–September 2022 (UK) Pemilihan kepimpinan Parti Konservatif Oktober 2022 (UK) Pemilihan kepimpinan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu 2018 Pemilihan kepimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia 2024 Pemilihan kepimpinan Parti Gerakan Rakyat Malaysia 2023 Pemilihan seks