Pemindahan

Pemindahan,pindah kapal atau punggah sementara (Bahasa Inggeris: transshipmet) bermaksud pemunggahan muatan daripada kapal untuk disimpan di satu tempat di pelabuhan, sementara menunggu kapal lain membawanya ke destinasi sebenarnya.Tujuan utamanya ialah untuk menukar cara pengangkutan semasa perjalanan contohnya dari kapal kontena ke trak . Tujuan yang lain ialah untuk menggabungkan kiriman yang kecil menjadi satu kiriman yang besar, kemudiannya dipunggah semula menjadi kiriman kecil di destinasi akhir. Pemindahan selalunya dibuat di satu hab pengangkutan. Banyak pemindahan antarabangsa dibuat juga di kawasan kastam untuk mengelakkan pemeriksaan kastam atau cukai bagi memastikan kecekapan pengangkutan. Perlu diingat yang pemindahan secara umumnya ialah satu istilah perundangan. Sesuatu barangan yang dikendalikan (pada pandangan pengirim) dengan satu gerakan saja tidak dianggap sebagai satu pemindahan, walaupun realitinya ia berpindah dari satu kenderaan ke kenderaan yang lain. Pemindahan adalah sah di sisi undang-undang dan diamalkan dalam perdagangan dunia. Bagaimanpun, ia juga menjadi satu kaedah untuk melindungi kegiatan haram seperti pembalakan haram dan penyeludupan.