Takrifan Pemulihan_ekologi

Persatuan Pemulihan Ekologi ("Society for Ecological Restoration") mentakrifkan pemulihan ekologi sebagai "aktiviti sengaja yang mencetus atau mempercepatkan pemulihak sistem ekologi dari segi kesihatan, keutuhan, dan daya tahannya".[3] Amalan pemulihan ekologi termasuk bidang projek yang luas termasuk: pengawalan hakisan, penanaman semula hutan, penyingkiran spesies bukan tempatan dan rumpai, penanaman semula kawasan terganggu, pencahayaan, pengenalan semula spesies tempatan, termasuk juga habitat dan peningkatan julat spesies sasaran. Istilan "pemulihan ekologi" merujuk kepada amalan bidang "ekologi pemulihan".