Sejarah Pen

Pen rumput reed

Mesir silam telah memajukan penulisan pada gelungan papyrus apabila juru tulis menggunakan berus rumput reed nipis dari Juncus Maritimus atau (sea rush) [1]. Dalam bukunya A History of Writing, Steven Roger Fischer mencadangkan bahawa berasaskan jumpaan di Saqqara, pen rumput reed mungkin telah digunakan bagi menulis di atas helaian semenjak Dinasti Pertama atau sekitar 3000 BC. Pen rumput Reed terus digunakan sehingga Zaman Pertengahan sungguhpun ia perlahan-lahan digantikan dengan pen pelepah semenjak abad ke-7.