Pen_founten
Pen_founten

Pen_founten

Pen founten merupakan sebatang pen mata yang mempunyai tanki tersendiri yang menyimpan dakwat, bukan seperti pen mata yang awal iaitu pen celup. Pen ini menarik dakwat dari takungan melalui masukan pada mata dan mendepositkannya di atas kertas melalui gabungan graviti dan tindakan rerambut. Mengisi tangki dengan dakwat boleh dicapai secara manual, melalui penggunaan sebuah pipet Pasteur (penitik) atau picagari, atau melalui mekanisme pengisian dalaman yang membuat sedutan (contohnya, melalui mekanisme omboh) atau vakum untuk memindahkan dakwat terus melalui mata ke tangki. Sesetengah pen menggunakan tangki yang boleh ditanggalkan dalam bentuk kartrij dakwat yang telah dipenuhi.[1]