Suhakam Penan

Pada 26 Julai 2007, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) melalui kumpulan kerjanya yang dipanggil Kumpulan Kerja Hak Asasi Ekonomi, Sosial dan Kebudayaan (ECOSOC) mencari jalan penyelesaian tentang hak asasi manusia yang dibangkitkan oleh etnik Penan di Sarawak yang telah diperjuangkan sejak bertahun-tahun lamanya yang dimulai oleh Bruno Munser.

Suhakam telah menghantar kumpulan penyelidik ke Long Jingu dan Long Jaik di Ulu Belaga berikutan aduan oleh dua pemimpin masyarakat Penan, Alung Ju (Long Singu) dan Matu Tugang (Long Jaik) pada 26 Julai 2006 yang tidak puas hati dengan aktiviti pembalakan, ladang kelapa sawit dan penanaman semula hutan di sana.

Akhirnya Suhakam menyenaraikan 7 isu utama iaitu :

  • Kanun Tanah Sarawak 1958 hendaklah dipinda dan disesuaikan dengan penentuan milik tanah Penann dan kepimpinan masyarakat Penan.
  • Seksyen 5(2) dan 5(2)E Undang-Undang Negeri Sarawak menyatakan Tanah Adat Bumiputera (NCR) termasuk kaedah penggunaan kawasan tanah seperti pengkebumian dan lain-lain tujuan. Oleh itu sebarang aktiviti pembalakan dan ladanbg kelapa sawit mestilah mengelak kawasan pengebumian yang dinyatakan oleh masyarakat Penan..
  • Laporan Penilaian Alam Sekitar (EIA) yang dikemukakan mestilah dibuat oleh perunding bebas lagi berwibawa agar tidak ada berat sebelah, ambil mudah dan mengambil kira sensitiviti masyarakat setempat yang biasanya tanpa dokumen rasmi, hanya tradisi lisan sahaja. Laporan EIA berhubung Ladang Hutan Shin Yang nyata dipertikaikan oleh masyarakat Penan.kerana Ulu Belaga memang telah lama wujud masyarakat itu.
  • Pusat perkhidmatan di Ulu Belaga, perluaskan skim Pihak Berkuasa Penyatuan dan Pemuliharaan Tanah Sarawak (Salcra) untuk masyarakat Penan, dan hidupkan semula projek Buku Hijau bagi pembangunan luar bandar yang dilaksanakan dalam tempoh Rancangan Malaysia Pertama (1966-1970) agar kemiskinan tegar masyarakat itu dapat diatasi.
  • Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mestilah proaktif dengan memudahkan kaedah pendaftaran , termasuklah memansuhkan bayaran lewat daftar dan bekerjasama dengan ketua masyarakat Penan untuk menentukan identiti dan sijil kelahiran.
  • Sekolah rendah hendaklah 'dekat' dengan kampung -kampung Penan. Begitu juga klinik kesihatan luat bandar yang lebih lengkap, spesifik dan berfungsi.
  • Kerajaan negeri Sarawak seharusnya lebih komited , drastik dan proaktif terhadap isu tanah, pendidikan, pekerjaan, dokumen, kesihatan dan hak lain yang termaktub dalam Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR).