Pendiskadaran

Pendiskadaran, juga dikenali sebagai tindak balas tak berkadaran dan dismutasi, ialah sejenis tindak balas redoks. Dalam tindak balas ini, suatu bahan tindak balas menjadi sekurang-kurangnya dua hasil tindak balas, dengan satu hasil tindak balas mengalami pengoksidaan manakala satu lagi hasil tindak balas mengalami penurunan pada masa yang sama.[1][2] Proses yang berlawanan dengan pendiskadaran dipanggil sebagai pensinkadaran (synproportination) atau kommutasi (comproportionation).Selain itu, pendiskadaran boleh merujuk kepada sebarang tindak balas yang tidak bersimetri, iaitu 2 A → A' + A", tetapi takrifan ini tidak selalunya diterima.[3]