Definition Penebatan_haba

Rencana utama: Keberkonduktan haba

Keberkonduktan haba k diukur dalam watts-per-meter per kelvin (W·m−1·K−1). Ini disebabkan pemindahan haba, diukur sebagai Kuasa, telah dijumpai (secara anggaran) berkadar dengan

  • perbezaan suhu Δ T {\displaystyle \Delta T}
  • kawasan permukaan hubungan haba A {\displaystyle A}
  • songsangan ketebalan bahan d {\displaystyle d}

Daripada ini, ia mengikuti bahawa kuasa kehilangan haba P {\displaystyle P} diberikan oleh P = k A Δ T d {\displaystyle P={\frac {kA\,\Delta T}{d}}}

Keberkonduktan haba bergantung kepada bahan, dan, untuk bendalir, adalah suhu dan tekanannya. Untuk tujuan perbandingan, keberkonduktan di bawah keadaan piawai (20°C pada 1 atm) biasanya digunakan. Bagi sesetengah bahan, keberkonduktan terma juga bergantung kepada arah pemindahan haba.

Maklumat terperinci: Senarai keberkonduktan haba

Aksi penebatan dilakukan dengan memetikan/menyarung objek dengan bahan berkonduktan haba yang rendah dalam ketebalan yang tinggi. Mengurangkan kawasan permukaan yang terdedah juga boleh mengurangkan pemindahan haba, tetapi kuantiti ini biasanya ditetapkan oleh geometri objek yang akan disarung.

Penebatan pelbagai lapisan digunakan di mana kehilangan radiasi menguasai, atau apabila pengguna mempunyai isipadu dan berat penebat yang terhad (contohnya, cadar kecemasan, penghadang radiasi)