Penerus ialah alat elektrik yang menukar
arus ulang-alik (AC) kepada
arus terus (DC) di mana proses itu dikenali sebagai
penerusan. Penerus mempunyai banyak kegunaan, termasuklah sebagai komponen kepada
bekalan kuasa dan sebagai
pengesan isyarat
radio. Penerus diperbuat daripada diod
keadaan pepejal, diod
tiub vakum,
injap arka raksa dan komponen lain.Alat yang melakukan fungsi sebaliknya iaitu menukar arus terus kepada arus ulang-alik dikenali sebagai
penyongsang.Apabila hanya satu diod yang digunakan untuk membetulkan arus ulang-alik (dengan menyekat bahagian negatif atau positif pada bentuk gelombang), perbezaan di antara istilah "diod" dan istilah "penerus" ialah cuma dari segi penggunaannya, iaitu istilah penerus menerangkan
diod yang digunakan untuk menukar arus ulang-alik kepada arus terus. Hampir kesemua penerus terdiri daripada beberapa diod yang berada dalam susunan tertentu bagi menukar arus ulang-alik kepada arus terus dengan lebih berkesan berbanding dengan hanya satu diod. Sebelum pembangunan penerus semikonduktor silikon, diod bertiub vakum dan susunan penerus
kuprum oksida atau
selenium telah digunakan.Penerima radio awal, dipanggil radio hablur atau
radio kristal menggunakan wayar halus "misai kucing" yang menekan hablur
galena (plumbum sulfida) yang menjadikannya sebagai pengesan hablur. Dalam sistem pemanasan gas, "penerus nyalaan" boleh digunakan untuk mengesan nyalaan. Dua elektrod logam di dalam lapisan paling luar nyalaan membekalkan laluan arus dan penerusan kepada voltan ulang-alik yang dikenakan, tetapi hanya apabila terdapat nyalaan atau dengan kehadiran nyalaan.