Pengat_pisang
Pengat_pisang

Pengat_pisang


Pengat pisang merujuk kepada jenis masakan berkuah manis ("jenis pengat") yang menggunakan pisang sebagai bahan utama yang dimasak. Pengat pisang merupakan sejenis hidangan yang popular di Malaysia, terutama di Pantai Timur iaitu di Kelantan dan Terengganu. Pengat pisang merupakan pisang yang dimasak bersama santan dan gula bagi menghasilkan hidangan berkuah pekat yang lemak dan manis. Biasanya daun pandan diletakkan bagi mewangikan hidangan. Kadang kala telur dicampurkan bagi memekatkan dan menambah perisa. Durian juga boleh ditambah sebagai perisa tambahan.