Pengawetan_makanan
Pengawetan_makanan

Pengawetan_makanan

Pengawetan makanan ialah proses yang menjadikan makanan tahan lebih lama (daripada segi kualiti, rasa dan nilai zat). Ia lazimnya melibatkan pencegahan pertumbuhan bakteria, fungus (seperti yis), atau sebarang mikroorganisma (namun ada kaedah yang menambahkan bakteria atau fungus tidak berbahaya ke dalam makanan), selain membantutkan pengoksidaan lemak yang menyebabkan ketengikan. Pengawetan makanan juga boleh termasuk proses yang menghalang kemerosotan visual, seperti pencoklatan enzimatik dalam epal selepas dipotong, yang boleh terjadi semasa penyediaan makanan.