Pengeboman_Baghdad_24_Jun_2009
Pengeboman_Baghdad_24_Jun_2009

Pengeboman_Baghdad_24_Jun_2009

Pengeboman Baghdad 24 Jun 2009 berlaku di pasar Muraidi berhampiran bandar Sadr, Baghdad, Iraq. Sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dan 150 orang lain tercedera. Puncanya akibat bom tersembunyi di bawah kereta sayur di pasar diberitakan oleh BBC dan CNN.[1][2] Menurut New York Times, Kementerian Dalam Negeri Iraq menyatakan letupan disebabkan bom yang terlekap pada deretan motosikal.[3] Serpihan bom menyebabkan serpihan ledakan terbang sejauh 600 meter dari punca letupan. Ahli politik gabungan Muqtada al-Sadr menuduh Briged ke-11 Tentera Iraq bertanggungjawab. Mereka juga menyalahkan tentera Amerika Syarikat, kerana mereka membawa Briged ke-11 ke kawasan itu.[3]