Pengembalian_alam_sekitar

Pengembalian alam sekitar merupakan istilah umum bagi warga gerakan alam sekitar. Pengembalian alam sekitar berkait rapat dengan (atau kadang-kala digunakan saling berganti dengan) pemulihan ekologi atau pemulihan alam sekitar. Di Amerika Syarikat, pemulihan adalah istilah yang digunakan lebih meluas dikalangan pengilangan, polisi umum, dan perkhidmatan awam. Dalam bukunya edisi 1987 Restoring the Earth: How Americans are Working to Renew our Damaged Environment, pakar sains dan penyunting saintifik dan penulis John J. Berger mentakrifkan pengembalian alam sekitar (atau “pemulihan sumber semulajadi”) sebagai berikut: "… Proses di mana sumber rosak diperbaharui. Secara biologi. Struktur. Fungsi."