Pengendalian_konservatif

Pengendalian konservatif merupakan sejenis rawatan perubatan yang ditakrifkan sebagai pengelakan langkah invasif seperti pembedahan atau lain-lain prosedur invasif,[1] biasanya dengan niat untuk memelihara fungsi atau bahagian badan.[2] Contohnya, dalam kes apendisitis, pengendalian konservatif mungkin termasuk menunggu dan rawatan dengan antibiotik dengan berhati-hati, berbanding dengan pembedahan membuang apendiks.[3]