Pengepungan_Sevastopol_(1941–42)
Pengepungan_Sevastopol_(1941–42)

Pengepungan_Sevastopol_(1941–42)

8,454Jun–Julai 1942:
118,000 askar[3]Pengepungan Sevastopol juga dikenali sebagai Perlindungan Sevastopol (Bahasa Rusia: Оборона Севастополя, terjemahan: Oborona Sevastopolya) atau Pertempuran Sevastopol (Jerman: Schlacht um Sewastopol) adalah satu pertempuran yang berlaku di Barisan Timur semasa Perang Dunia II. Kempen ini telah diperjuangkan oleh kuasa Paksi Jerman, Romania, dan Itali terhadap Soviet Union untuk menguasai Sevastopol, sebuah pelabuhan di Crimea di Laut Hitam. Pada 22 Jun 1941 tentera Paksi menceroboh Soviet Union dalam Operasi Barbarossa. Angkatan tentera darat Paksi tiba di Crimea pada musim gugur 1941 dan menjajah seluruh kawasan itu. Satu-satunya objektif yang tidak berada dalam dakapan Paksi ialah Sevastopol. Beberapa cubaan dibuat untuk merampas kota itu pada bulan Oktober dan November 1941. Satu serangan besar telah dirancang pada hujung November, tetapi hujan lebat menangguhkan serangan Paksi sehingga 17 Disember 1941. Dibawah pemerintahan Erich von Manstein, tentera Paksi tidak dapat menawan Sevastopol semasa operasi pertamanya. Tentera Soviet melancarkan pendaratan amfibia ke atas semenanjung Crimea di Kerch pada Disember 1941 untuk membuka kepungan dan memaksa pihak Paksi mengalihkan pasukannya untuk mempertahankan hasil mereka. Operasi ini menyelamatkan Sevastopol buat sementara waktu, tetapi pangkalan terdepan di timur Crimea telah dihancurkan pada Mei 1942.Selepas kegagalan serangan pertama mereka ke atas Sevastopol, pihak Paksi memilih untuk melakukan perang pengepungan sehingga pertengahan tahun 1942, dimana mereka menyerang angkatan Soviet yang terkepung itu melalui darat, laut, dan udara. Pada 2 Jun 1942, pihak Paksi memulakan operasi ini, di beri nama kod Störfang (Sturgeon Catch). Tentera Merah dan Armada Laut Hitam bertahan selama berminggu-minggu dibawah pengeboman Paksi yang dahsyat. Tentera Udara Jerman (Luftwaffe) memainkan peranan penting dalam pengepungan ini, Kor Udara Ke-8 nya mengebom tentera Soviet yang terkepung dengan penuh kekuatan, membuat 23,751 serangan udara dan menggugurkan 20,528 tan bom pada Jun sahaja. Kekuatan serangan udara Jerman jauh lebih hebat dari kempen pengeboman Jerman sebelum ini ke atas bandar-bandar seperti Warsaw, Rotterdam atau London.[6] Pada penghujung kepungan itu, terdapat hanya 11 bangunan yang tidak rosak di Sevastopol. Pihak Luftwaffe menenggelamkan atau menghalang hampir kesemua percubaan Soviet untuk memindahkan pasukan mereka melalui laut. Tentera Darat Ke-11 Jerman menindas dan memusnahkan askar musuh dengan menembak 46,750 tan peluru artileri ke atas mereka semasa Störfang. Akhirnya, pada 4 Julai 1942, saki-baki tentera Soviet menyerahkalah dan pihak German menawan pelabuhan itu. Tentera Darat Khusus Pantai Soviet telah dimusnahkan, dengan 118,000 askar terbunuh, cedera atau ditawan dalam serangan akhir dan 200,481 kasualti dalam kepungan itu secara keseluruhannya. Kerugian tentera Paksi dalam Störfang berjumlah 35,866 askar, 27,412 darinya adalah Jerman dan 8,454 Romania.Dengan terhapusnya tentera Soviet ini, pihak Paksi menumpukan semula perhatian mereka pada kempen besar musim panas tahun itu, Operasi Blue dan kemaraan mereka ke medan minyak Caucasus.

Pengepungan_Sevastopol_(1941–42)

Berkaitan