Penggera_kebakaran
Penggera_kebakaran

Penggera_kebakaran

Sistem penggera kebakaran terdiri daripada pelbagai alat yang berfungsi sama-sama untuk mengesan dan mengkhabarkan kehadiran asap, api, karbon monoksida atau ancaman lain kepada umum melalui aplikasi audio mahupun visual. Penggera ini boleh dihidupkan secara automatik melalui pengesan asap atau pengesan haba, ataupun melalui alat pemasang penggera manual seperti butang atau suis kecemasan (call point). Alat pembunyian penggera boleh didatangkan dalam bentuk loceng bermotor, buzzer, hon ataupun alat speaker dengan lampu strob yang menyiarkan ucapan untuk memberikan arahan kepada orang ramai dalam bangunan. Di Malaysia, alat pembunyian penggera sering didatangkan dalam bentuk loceng merah bulat yang boleh diaktifkan dengan butang suis kecemasan yang dipasang di bawah. Akan tetapi, penggera berbentuk speaker dengan lampu strob juga semakin mendapat tempat khususnya dalam bangunan-bangunan baharu.