Komponen Penggera_kebakaran

Panel kawalan penggera kebakaran di sebuah bangunan pangsapuri di Singapura.
  • Panel kawalan (control panel): Pusat sistem yang mengawasi input dan keutuhan sistem, mengawal output serta menyebarkan informasi.
  • Bekalan kuasa utama (primary power supply): Punca arus ulang-alik (AC) yang dibekalkan dari utiliti kuasa komersial. Bagi aplikasi bukan kediaman, satu litar cabang ditujukan khas untuk sistem penggera dan anggota-anggotanya.
  • Bekalan kuasa sampingan (secondary power supply): Komponen ini teridir daripada bateri asid plumbum tertutup atau punca kecemasan lain termasuk generator, digunakan untuk membekalkan tenaga elektrik sekiranya bekalan utama terputus. Bateri itu boleh terletak di bahagian bawah panel atau di dalam peti berasingan yang dipasang berdekatan dengan panel.
  • Alat pemasangan (initiating device): Komponen ini merupakan peranti input kepada unit kawalan penggera yang boleh dihidupkan secara manual atau automatik. Contohnya ialah butang atau suis kecemasan (call point atau break glass, di Amerika pula pull station), pengesan haba, dan pengesan asap. Pengesan haba dan asap ada pelbagai jenis.
  • Alat pembunyian (notification appliance): Komponen ini menggunakan tenaga yang dibekalkan daripada sistem penggera atau mana-mana puna tenaga tersimpan untuk memberitahu orang-orang terdekat untuk mengambil tindakan sewajarnya, iaitu mengosongkan bangunan dan sebagainya. Ini didatangkan dalam bentuk bunyi loceng, hon, siren, speaker dengan pengumuman suara manusia, lampu pijar atau lampu strob. Lampu strob diperbuat daripada tiub xenon ataupun LED.
  • Antaramuka keselamatan bangunan (building safety interface): Ini membolehkan sistem penggera untuk mengawal aspek-aspek persekitaran bangunan, mempersiapkan orang-orang dalam bangunan untuk kebakaran, serta membendung kemaraan api dan kepulan asap dengan mempengaruhi aliran udara, lampu-lampu, kawalan proses, dan pergerakan orang.