Istilah Penggodam_(keselamatan_komputer)

Istilah-istilah yang berkaitan:

  • Penggodam (hacker) boleh membawa maksud seseorang yang mahir dalam bidang komputer; namun media massa selalu menyamakan "penggodam" dengan "penggodam topi hitam".
  • Topi hitam (black hat): seseorang yang mensubversi keselamatan komputer tanpa izin atau menggunakan teknologi (biasanya sebuah komputer ataupun internet) untuk tujuan keganasan, vandalisme, penipuan kad kredit, pencurian identiti, pencurian hak milik intelektual, dan sebagainya. Ini juga bermakna mengambil alih kawalan komputer lain melalui sebuah rangkaian, atau perekahan perisian (software cracking).
  • Topi kelabu (grey hat): Penggodam yang etikanya tidak jelas atau di batasan undang-undang, seringkali mengaku terang-terang.
  • Topi putih (white hat): Penggodam beretika yang memecah keselamatan tetapi untuk tujuan altruistik ataupun sekurang-kurangnya tidak berniat jahat. Topi putih biasanya mempunyai etika yang jelas, dan selalu berusaha untuk bekerja dengan pengilang atau pemilik untuk memperbaiki kelemahan yang dijumpai, walaupun banyak yang mengancam sama ada tersirat atau jelas untuk memaklumkan kepada awam selepas tempoh "sesuai" untuk memastikan respons yang kena pada waktunya. Istilah ini juga digunakan untuk penggodam yang mereka dan mengekod sistem yang lebih selamat.
  • Budak skrip (script kiddie): Penceroboh komputer yang tidak begitu mahir; seseorang yang sekadar mengikut arahan ataupun menggunakan teknik buku resepi tanpa memahami langkah yang dibuatnya. Pejoratif.
  • Hacktivis merupakan penggodam aktivis yang menggunakan teknologi untuk mengumumkan pesanan politik. Perlu dicatat bahawa vandalisme web bukan semestinya hacktivisme.