Penggubah (ataupun
komposer) merujuk kepada seseorang yang menulis notasi muzik; iaitu sistem yang mewakili aura
muzik melalui penggunaan simbol-simbol tertentu, yang membolehkan ahli muzik memainkan nota tersebut sebagai
muzik tersusun. Inilah yang membezakan seorang penggubah daripada seorang ahli
muzik yang mengimprovisasi atau bermain
alat muzik. Istilah "penggubah" atau "komposer" kerap digunakan untuk merujuk kepada
muzik tradisi barat iaitu
muzik klasikal. Untuk lagu-lagu biasa seperti muzik popular, lagu-lagu rakyat dan lain-lain, istilah yang biasa dipanggil adalah
penulis lagu kerana kebiasaanya muzik popular mengambil bentuk sebagai satu lagu dan juga kerana skala penulisan nota muzik yang kecil, berbanding dengan penggubah atau komposer
muzik klasikal yang biasanya dikaitkan dengan gubahan besar seperti
simfoni orkestra. Namun sejak kebelakangan ini, kebanyakan
penulis lagu muzik popular digelarkan sebagai penggubah atau komposer.Tahap perbezaan antara penggubah dan ahli muzik juga adalah berbeza-beza. Perbezaan ini kadang-kala boleh memberi kesan negatif seperti isu
hak cipta dan kecenderungan penghormatan untuk tafsiran individu dalam satu perincian bahagian muzik. Sebagai contohnya, dalam pembangunan
muzik klasikal atau
opera di
Eropah, fungsi penggubah muzik pada asalnya tidak dianggap penting berbanding dengan fungsi persembahan muzik. Pengekalan di dalam nota muzik kebiasaan tidak begitu diambil berat dan ahli muzik secara umumnya kerap menukar sedikit sebanyak penggubahan di dalam nota muzik. Walau bagaimanapun, menurut peraturan
hak cipta hari ini, nota muzik asal tidak lagi boleh diubah suai sesuka hati tanpa alasan ataupun arahan rasmi (termasuk dari syarikat rakaman atau penggubah itu sendiri) . Walau bagaimanapun, para penyanyi atau pelakon (untuk drama muzikal atau
opera terutamanya), boleh menafsirkan muzik melalui nyanyian dengan cara mereka sendiri.