Kejadian Pengguguran

Histogram pengguguran di UK mengikut umur hamil pada 2004.

Kekerapan serta sebab-sebab pengguguran bayi berbeza di seluruh dunia mengikut rantau. Kira-kira 46 juta pengguguran dilakukan di seluruh dunia setiap tahun. Dalam itu, 26 juta merupakan pengguguran sah, manakala 20 juta yang lain itu melanggar undang-undang. Nisbah pengguguran dunia ialah 26 per 100 kehamilan diketahui.[1]

Carta palang tentang sebab-sebab pengguguran pada 1998.

Faktor peribadi dan sosial

Mengikut satu kajian tahun 1997, terdapat beberapa sebab wanita-wanita memilih untuk menggugurkan kandungan mereka, termasuk: keingingan menangguhkan atau menghentikan kegiatan melahirkan anak, kerisauan akan gangguan kehamilan terhadap pekerjaan atau pendidikan, isu kewangan, kestabilan perhubungan dengan pasangan, atau tanggapan ketidakmatangan.[2] Kajian di Amerika Syarikat pada 2004 menunjukkan bahawa 1% daripada wanita yang hamil adalah akibat perogolan dan 0.5% akibat sumbang mahram.[3] Satu lagi kajian pula menunjukkan bahawa 54% daripada wanita yang menggugurkan anak menggunakan kaedah pencegahan hamil.[4] Di United Kingdom, tinjauan yang dibuat pada 1994 menerangkan bahawa wanita yang menggugurkan anak sering berada dalam golongan sosial yang tinggi, ataupun bersekedudukan atau bercerai. Kajian itu juga menyatakan bahawa wanita yang mempunyai teman seks yang banyak mempunyai kadar pengguguran yang lebih tinggi berbanding dengan wnita yang mempunyai pasangan seks tunggal.[5]

Ada juga pengguguran yang berlaku akibat tekanan masyarakat. Hal ini termasuk diskriminasi terhadap orang kurang upaya, kecederungan menginginkan bayi jantina tertentu, keengganan atau ketidaksetujuan menjadi ibu tunggal, keadaan ekonomi yang tidak sesuai untuk melahirkan bayi baru, tidak mempunyai akses kepada keadah pencegahan hamil serta kawalan penduduk (seperti dasar anak tunggal di China).

Pengguguran tak selamat

Di negara sedang membangun di mana pengguguran adalah tidak sah, wanita kadangnya terpaksa menggunakan prosedur pengguguran aruhan sendiri. Pertubuhan Kesihatan Sedunia menggangarkan bahawa 19 juta pengguguran seperti ini berlaku di dunia setiap tahun dan boleh dikelaskan sebagai pengguguran tak selamat.[6]