Penghulu

Penghulu atau paˆhulu[1] di Malaysia dan Brunei, merupakan ketua tertinggi di sebuah mukim. Sesebuah mukim ada beberapa kampung. Kampung akan diketuai oleh ketua kampung, tok sidang atau tok tempat. Penghulu bertanggung jawab kepada kerajaan negeri dan dilantik oleh sesebuah kerajaan negeri. Seseorang penghulu mestilah boleh berkomunikasi dengan penduduk kampung. Beliau mestilah boleh ketengah dan ketepi dalam sesebuah masjid. Oleh itu penghulu mestilah boleh mambaca al-Quran dan tulisan Jawi. Mereka yang terpilih mestilah berasal dari negeri tersebut dan sanggup meredah kampung kerana tidak semua mempunyai jalan raya, telefon dan bekalan elektrik. Dialek tempatan mestilah dipelajari dan kuasai serta dapat berkomunikasi dengan penduduk tempatan.Pelbagai kemudahan disediakan agar penghulu dapat mentadbir sesebuah mukim dengan jaya. Dia akan mendapatkan maklumat daripada ketua kampung. Dalam mesyuarat dengan Pegawai Daerah, masalah kampung akan disuarakan . Rumah penghulu atau balai penhulu atau kompleks penghulu akan dibina di lokasi yang strategik. Pada zaman British, Rumah penghulu dilengkapi dengan telefon, pejabat, bekalan air, elektrik dan sebagainya. Ketika itu, penduduk kampung tidak disediakan kemudahan prasarana tersebut.Antaranya ialah masalah banjir, kebakaran, kemuskinan, jambatan runtuh, pentadbiran masjid dan surau . Seseorang penghulu juga akan dijemput merasmikan sesebuah majlis peringkat kampung. Contohnya merasmikan mesyuarat agung PIBG, majlis Jawatankuasa Keselamatan Kampung, perasmian sukaneka dan lain-lain.Secara umumnya penghulu mengetahui perkembangan pembangunan dan keperluan sesebuah mukim dan kampung. Mereka akan hadir dalam majlis perkahwinan, kematian, berangkat ke tanah suci dan lain-lain. Penghulu juga mengetahui tanah-tanah yang akan dibangunkan dan dijual.