Sejarah Penguasa_Pembangunan_Media

Badan berkanun ini dibentuk pada 1 Januari 2003 dengan penggabungan Penguasa Penyiaran Singapura (SBA), Jabatan Filem dan Penerbitan (FPD) dan Suruhanjaya Filem Singapura. Satu cetakan biru ini yang dipanggil sebagai 'Media 21' telah dibuat dan kemudiannya disahkan oleh Jawatankuasa Semakan Ekonomi 2002 (dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Lee Hsien Loong) sebagai sebahagian daripada Strategi Pembangunan Industri Kreatif untuk menggerakkan pertumbuhan ekonomi kreatif Singapura.

Pada 18 Januari 2016, Kementerian Perhubungan dan Penerangan mengumumkan kedua-dua badan ini dan Penguasa Pembangunan Infokom Singapura akan menjalani penyusunan semula kepada dua badan baharu iaitu Penguasa Pembangunan Infokom Media dan Pertubuhan Teknologi Pemerintah pada penggal akhir tahun 2016.[1]