Penguat_kendalian

Penguat kendalian atau Op-amp (singkatan daripada perkataan Inggeris Operational amplifier) adalah peranti elektronik yang mempunyai gandaan voltan atau kebolehan menguat yang tinggi. Op-amp adalah peranti terganding terus yang boleh menerima isyarat masukan AT mahupun AU dan memproses voltan-voltan yang diterimanya untuk menghasilkan sama ada keluaran-keluaran yang linear ataupun tak-linear.Penguat kendalian mendapat namanya daripada aplikasi awalnya iaitu mengendalikan kendalian matematik seperti penambahan, penolakan, pengamiran dan pembezaan.