Pengubahsuaian_pascatranslasi
Pengubahsuaian_pascatranslasi

Pengubahsuaian_pascatranslasi

Pengubahsuaian pascatranslasi (Jawi: ڤڠوبهسواين ڤسچاترنسلاسي; Inggeris: Post-translational modification) merujuk kepada proses ubah suai protein ketika atau selepas proses biosintesis protein. Protein disintesiskan oleh ribosom yang mentranslasikan RNA pengutus (mRNA) kepada rantaian polipeptida, yang kemudiannya boleh menjalani pengubahsuaian pascatranslasi (PTM) untuk membentuk hasil protein yang matang. PTM merupakan komponen penting dalam pengisyaratan sel.