Pengurusan_aset

Pengurusan aset, ditakrifkan secara umum, merujuk kepada sebarang sistem di mana barangan yang mempunyai nilai bagi entiti atau kumpulan dipantau dan diselengarakan. Ia boleh dipakai bagi kedua-dua aset nyata dan konsep tidak nyata seperti harta intelektual dan nama baik (“goodwill”). Pengurusan aset merupakan proses sistematik bagi mengoperasi, mengekalkan, dan menaik taraf aset secara kos efektif, (“American Associate of State Highway and Transportation Officials”). Pandangan lain mengenai pengurusan aset dari segi konsep kejuruteraan adalah: Amalan pengurusan aset supaya pulangan terbesar dicapai (konsep ini sangat berguna bagi aset penghasil seperti loji dan peralatan); dan proses yang membina sistem kemudahan yang dipantau dan dikekalkan, dengan matlamat menyediakan perkhidmatan yang sebaik mungkin kepada pengguna (sesuai untuk aset-aset infrastruktur awam). Kebanyakan pengurus wang aktif member pulangan yang lebih rendah berbanding daripada indeks, seperti Standard & Poor's 500.[1]