Istilah Penjana_elektrik

Dua bahagian utama penjana atau motor boleh digambarkan menggunakan istilah mekanikal atau elektrik.

Mekanikal:

  • Rotor: Bahagian berputar mesin elektrik.
  • Stator: Bahagian pegun mesin elektrik

Elektrik:

  • Lengan (armature): Komponen penjana kuasa bagi mesin elektrik. Pada penjana, pengulangalik, atau dinamo lengan "armature" bergelung menghasilkan arus elektrik. Lengan "armature" boleh pada rotor atau pada stator.
  • Medan gelung (field coil): Komponen medan magnetik bagi mesin elektrik. Medan magnetik bagi dinamo atau pengulangalik boleh dibekalkan samaada melalui alektromagnetik atau magnet kekal yang dipasang pada samaada pada rotor atau stator.

Disebabkan pemindahan kuasa ke litar medan adalah kurang berbanding litar "armature", penjana arus ulang-alik hampir sentiasa memiliki medan gelendung pada rotor dan stator ketika lengan gelendung. Hanya medan arus kecil sahaja perlu dipindahkan kepada rotor bergerak, menggunakan cecincin selit ("slip ring"). Mesin arus langsung (dinamos) memerlukan komutator pada gandar berputar bagi menukar arus ulang alik yang dihasilkan oleh armature kepada arus langsung, dengan itu gelendung armature adalah pada rotor mesin.