Ayam Penjantinaan_automatik

Konsep untuk menghasilkan baka penjantinaan automatik telah dimulakan oleh ahli genetik Reginald Punnett, di mana semasa Perang Dunia I telah mencadangkan teknik kacukan silang ke atas baka ayam yang membawa gen berbelang (B) dengan baka ayam lain untuk menghasilkan anak ayam pautan seks dengan perbezaan bulu yang memudahkan pembezaan jantina.[2]:317

Beliau bekerja di Genetical Institute, Universiti Cambridge. Pada tahun 1928, beliau serta Michael Pease telah mengacuk-silang baka Golden Campine Plymouth Rock berbelang, menghasilkan Cambar.[3]:73 Kira-kira 10 tahun kemudian, mereka menghasilkan Legbar dengan mengacukkan Leghorn perang dengan Plymouth Rock berbelang.[2]:318

Baka-baka "Cambridge" yang dibangunkan kemudian adalah:

  • Brockbar, dihasilkan pada tahun 1940 daripada Plymouth Rock berwarna buff (kuning cair) dan berbelang, mula pupus sekitar tahun 1950[4]:54
  • Brussbar, dihasilkan pada tahun 1952 daripada Sussex kecil, Sussex perang dan Plymouth Rock berbelang[4]:55
  • Dorbar, satu baka penjantinaan automatik yang mempunyai banyak daging hasil daripada Dorking dan Plymouth Rock berbelang, dibiakkan bermula pada 1941 sehingga tahun 1949, apabila pembangunannya dihentikan[4]:59
  • Rhodebar, terhasil daripada baka ayam Merah Rhode Island dan Plymouth Rock berbelang, dipiawaikan di Britain pada tahun 1951; satu kacukan silang yang serupa telah dibangunkan di Kanada[4]:63
  • Welbar, bukan dihasilkan di Cambridge tetapi oleh seorang pembiak daripada Devon, hasil daripada Welsumer dan Plymouth Rock berbelang;[4]:65 dan
  • Wybar, juga tidak dihasilkan di Cambridge tetapi oleh seorang pembiak individu, terhasil daripada baka Wyandotte, Brussbar dan Plymouth Rock berbelang.[4]:68

Banyak lagi baka-baka lain yang dihasilkan melalui kaedah yang sama, semuanya menggunakan Plymouth Rock berbelang untuk menghasilkan gen berbelang: