Penjara_Pudu
Penjara_Pudu

Penjara_Pudu

Penjara Pudu ialah salah sebuah penjara yang terkemuka di Malaysia yang terletak di Jalan Hang Tuah, [1] Kuala Lumpur dibina semasa zaman penjajahan British pada 1891 untuk mengurungkan 600 orang banduan. Penjara Pudu telah dibina di atas tapak bekas tanah perkuburan Cina secara berperingkat dengan kos sebanyak Straits $16, 000 dan telah siap sepenuhnya pada tahun 1895 dengan menggunakan banduan sebagai tenaga kerja. Gabenor pertama Penjara Pudu adalah Lt. Col. J.A. B. Ellen.Penjara Pudu dibuka kepada orang awam untuk lawatan pada 3 Mei 1997, lebih daripada enam bulan selepas banduan terakhir dipindah keluar ke kemudahan moden di Penjara Sungai Buloh. Lebih daripada RM1.7 juta dibelanja bagi mengubah penjara ini menjadi tarikan pelancong. Sebahagian besar perbelanjaan itu ditelani oleh pembinaan bilik pameran untuk memperagakan koleksi memorabilia dan rekod-rekod sejarah. [2] Yuran masuk ditetap pada RM12 setiap orang dewasa. Setakat Disember 2012, hampir 90 peratus struktur Penjara Pudu telah menyembah bumi kecuali pintu gerbang penjara dan tembok hadapan yang hanya akan diputuskan samaada pintu itu dirizabkan atau dipindahkan ke suatu tempat yang baharu dan diratakan sepenuhnya untuk memberi laluan kepada projek pembangunan Bukit Bintang Triangle City.