Pensonic

Plot 98, Perusahaan Maju 8, Taman Perindustrian Bukit Tengah13600Perai, Pulau Pinang1982No. Telefon: 04-5070 393
No. Faks: 04-5073 825Kumpulan Pensonic (MYX: 9997) merupakah sebuah syarikat peralatan elektrik yang diasaskan oleh Dato Chew Weng Khak (Bahasa Cina: 周荣吉), yang bermula sebagai sebuah kedai kecil yang menjual peralatan elektrik di Pulau Pinang, Malaysia di bawah nama Keat Radio Co. pada tahun 1965. Pada tahun 1982, Chew mengasaskan jenama Pensonic bertujuan untuk mengeluarkan sendiri peralatan elektrik bagi pertumbuhan jangka panjang syarikatnya. Nama “Pensonic” direka dengan menggabungkan “Pen” dan “sonic” yang bermaksud "Bunyi Pulau Pinang" (Sound of Penang).[1] Sejak itu, Pensonic berkembang sebagai jenama peralatan elektrik Malaysia pertama. Ia merupakan jenama Malaysia pertama yang menerima Geran Promosi Jenama oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia pada tahun 2005 serta telah menerima beberapa anugerah kecemerlangan reka bentuk.Pensonic mempunyai kemudahan penyelidikan, pemasangan dan pengeluaran di Malaysia. Selain Malaysia, produk Pensonic turut dieksport ke negara-negara ASEAN dan Timur Tengah.