Jenis Penswastaan

Penswastaan ini datang dalam lima jenis:

  1. Penswastaan keluar syer (share issue privatization): penjualan syer dalam pasaran saham.
  2. Penswastaan jualan aset (asset sale privatization): penyahlaburan aset kepada pemegang saham yang strategik, biasanya melalui lelongan mahupun model Treuhand.
  3. Penswastaan baucer (voucher privatization): Pengagihan baucer yang mewakili pemilikan separa sesebuah perbadanan kepada orang ramai pada harga yang sangat rendah.
  4. "Penswastaan dari bawah" (Privatization from below): Suatu penswastaan yang khusus melalui pengwujudan syarikat swasta yang baru di negara bekas sosialis.
  5. Beli habis pengurusan / pekerja (management / employee buyout): Pengagihan saham secara percuma atau pada harga yang sangat rendah kepada para pekerja atau pengurusan sesebuah syarikat.