Topografi Pentas_benua

Pentas benua biasanya berakhir pada satu titik cerun yang menaik[3] ("batasan pentas" atau shelf break). Dasar laut di bawah batasan ini ialah cerun benua. Di bawah cerun ini pula adalah cangkat benua yang akhirnya bergabung ke dalam dasar lautan iaitu dataran abis. Kedua-dua pentas dan cerun benua ini adalah sebahagian daripada pinggir benua.

Kawasan pentas biasanya dibahagikan kepada pentas benua dalaman, pentas benua pertengahan, dan pentas benua luaran (inner continental shelf, mid continental shelf, outer continental shelf); masing-masing dengan geomorfologi dan biologi marinnya yang tersendiri.

Ciri pentas berubah secara mendadak di batasan pentas, di mana lereng benua bermula. Batasan pentas terletak pada kedalaman yang begitu seragam kira-kira 140 m dengan sedikit pengecualian; ciri ini barangkali merupakan peninggalan daripada zaman ais di mana paras laut berketinggian lebih rendah daripada paras yang sedia ada sekarang.[4]