Patologi Penyakit_Asma

Patogenesis

Masalah utama kelihatannya sistem pertahanan immunologikal: kanak-kanak pada awal asma menunjukkan keradangan melampau di laluan udara.

Epidemiologi memberikan bukti kepada patogenesis: serangan asma menunjukkan peningkatan seluruh dunia; asma lebih biasa di negara kaya, dan lebih tinggi dikalangan mereka yang berpendapatan tinggi di dalam sesebuah negara.

Satu teori adalah ia merupakan penyakit kebersihan. Secara semulajadi, kanak-kanak terdedah kepada bakteria sebaik sahaja dilahirkan, "menghidupkan" sel limfosit Th1 sistem imunisasi yang mengendalikan serangan jangkitan bakteria. Jika perangsang tidak mencukupi (sebagaimana, kemungkinannya dalam persekitaran bersih moden) kemudian asma dan penyakit alahan lain terbentuk. "Hipotesis Kebersihan - Hygiene Hypothesis" mungkin menjelaskan mengenai peningkatan asma dikalangan penduduk kaya.

Teori lain yang berkait dengan di atas mengenai sistem imunisasi badan yang mempertahankan diri daripada sesetengah parasit, seperti cacing pita. Limfosit Th2 dan sel eosinophil yang membantu kita dari cacing merupakan sel yang sama bertanggung jawab bagi tindakbalas alahan. Di negara barat parasit sebegini jarang dijumpai tetapi tindak balas pertahanan badan kekal dan dimulakan dalam badan sesetengan orang oleh sesetengah alahan.

Teori ketiga menyalahkan peningkatan asma ke atas pencemaran udara. Sungguhpun diketahui secara meluas bahawa pendedahan tinggi pada sesetengah bahan kimia industri mampu menyebabkan serangan asma teruk, ia tidak terbukti bahawa proses yang sama bertanggung jawab bagi pembentukan asma. Di Eropah Barah, kebanyakan pencemaran udara menurun dengan jelas dalam tempoh empat puluh tahun sedangkan kes asma meningkat.

Pencetus biasa serangan asma termasuk:

  • alahan dihidu seperti kutu habuk (house dust mite), debunga, spora kulapuk (mould spores), epithelials binatang peliharaan
  • udara sejuk
  • senaman
  • jangkitan sistem pernafasan
  • tekanan emosi
  • aspirin dan ubat seumpamanya

Asma juga merupakan satu penyakit yang dikaitkan dengan keturunan.