Ringkasan Penyamun_Tarbus

Tuan Said adalah seorang kaya yang cuba mengelak dari membayar cukai dan menyimpan segala rekod didalam peti besi. Rekod dan tarbusnya dicuri oleh tiga penyamun Aziz Rabun, Ibrahim Pendek dan Sudin Pekak, kerana membalas dendam ke atas Tuan Said yang menolak permohonan kerja mereka dengan memberi alasan mereka sudah berumur. Tuan Said tidak berani membuat laporan polis kerana takut rahsianya akan terbuka. Oleh kerana itu, Tuan Said mengupah beberapa orang penyiasat persendirian iaitu Badul, Raja Ismail, Aznah dan Jastina untuk menjejaki penyamun-penyamun itu.