Morfologi Pepasan

Bunga betina (kiri) dan bunga jantan (kanan) pokok timun padang.

Pokok jenis saka yang memanjat (sulur yang ringkas), sepanjang 20 m; ada akar yang menjadi ubi; batang muda berwarna hijau, yang matang bertompok putih dan berkayu.Daun jenis ringkas, kedudukan berselang-seli; tangkai daun 1-5 cm panjang; lai daun membujur lebar atau hampir membulat, 3-12 cm panjang dan 3-15 cm lebar.Bunga jantan 1-4 kuntum pada satu jambak, lazimnya 1-2 kuntum sahaja; tangkai bunga 0.7-7 cm panjang; kelopak berwarna oren atau kuning dengan urat berwarna hijau. Bunga betina sekuntum pada satu buku; tangkai bunga hingga 2.5 cm panjang; ovari 1.5 cm panjang; kelopak bunga seperti bunga jantan.Buah ada jenis memanjang tirus seperti timun kecil, memanjang kembung seperti labu kecil atau hampir bebola, 3-7 cm panjang, 1-3.5 cm lebar, berwarna hijau dengan jalur putih semasa muda, dan menjadi merah setelah masak.

Berkaitan