Penerbitan Pepaya_(drama)

Siri Pepaya nyata mendapatkan ilham dari kartun Popeye, seorang kelasi yang menguatkan diri dengan memakan bayam. Zul Yahya sendiri yang menyalurkan ilham itu, dan beliau menerangkan buah betik sebagai pilihan kerana "buah betik adalah buah-buahan tempatan dan cukup berkhasiat terutamanya untuk pelawasan perut". Akui Zul beliau asalnya memilih buah pisang, tetapi khuatir timbulnya pula "masalah lain apabila menghasilkan kostum, mungkin boleh menimbulkan ketidakselesaan di kalangan penonton."[1]

Untuk menjelaskan watak Yahya sebagai lelaki lurus bendul, jelas Zul, "Yahya seorang lelaki pertengahan usia yang lurus. Selalunya lelaki lurus banyak kelebihan, jujur dan tidak pandai menipu, kerana itu wataknya perlu sebegitu (kelam-kabut). Bagi saya jarang orang handsome bersikap jujur kerana kebanyakan mereka berpotensi bercakap bohong."[1]

Kostum adiwira Pepaya menampilkan sepasang tangan besar buatan getah seberat 5kg sebelah.[1] Zul mengulas "Untuk penuhi kehendak cerita ini, saya perlu memakai kostum yang diperbuat daripada getah itu. Bayangkan, sebelah tangan sahaja dah 5kg. Jadi, untuk dua belah tangan dah berapa? Susah juga saya nak pikul benda tu."[2]

Berkaitan