Peperangan_berperisai
Peperangan_berperisai

Peperangan_berperisai

Peperangan kenderaan berperisai atau peperangan kereta kebal bermaksud penggunaan kenderaan tempur berperisai dalam peperangan moden. Ia merupakan sebahagian utama kaedah peperangan moden.Premis peperangan berperisai terletak pada kebolehan anggota tentera untuk menembusi barisan pertahanan dengan penggunaan pergerakan unit-unit berperisai.Sebahagian besar penggunaan peperangan berperisai bergantung pada penggunaan kereta kebal dan kenderaan-kenderaan seumpamanya yang digunakan oleh pasukan pembantu: kenderaan tempur infantri dan artileri gerak sendiri, dan juga askar jurutera berkenderaan dan unit-unit sokongan yang lain. Doktrin peperangan berperisai dibangunkan sebagai jalan keluar daripada ciri pegun peperangan parit di Medan Barat semasa Perang Dunia Pertama, dan pulang kepada pemikiran abad ke-19 yang menganjurkan pergerakan dan "pertempuran muktamad" dalam strategi ketenteraan.