Sejarah Perancangan_bandar

Semasa tempoh Neolithik, pertanian dan teknik lain menyumbang pada bilangan penduduk lebih besar berbanding masyarakat amat kecil pada tempoh Paleolitik, yang kemungkinannya mendorong pada kerajaan lebih kuat, lebih paksaan muncul pada masa itu. Tempoh Pre-Klasik dan Klasik melihat sejumlah bandar diatur menururt rancangan yang telah ditetapkan, sungguhpun banyak yang cenderung berkembang secara organik. Bandar dirancang merupakan ciri-ciri di kebudayaan Mesopotamia, Harrapan, dan Mesir Purba pada mil milenium ketiga BC (lihat Perancangan bandar di Mesir purba). Gambaran perancangan bandar yang pertama direkodkan digambarkan dalam Epik Gilgamesh bagi bandar Uruk (insert ref).

Ciri-ciri berbeza bagi pembangunan bandar dari peninggalan bandar Harappa, Lothal, dan Mohenjo-daro dalam Kebudayaan Lembah Indus (di masa kini barat daya India dan Pakistan) mendorong para kaji purba bagi merumuskan bahawa mereka merupakan contoh terawal bagi bandar yang sengaja dirancang dan diuruskan.[3][4] Jalan bagi kebanyakan bandar awal ini diturap dan diatur pada sudut tepat berpetak dalam pola bergrid, dengan kedudukan hierarkijalan dari jalan utama sehingga lorong kediaman.

Bukti cari gali mencadangkan bahawa kebanyakan rumah Harrapan diatur bagi melindungi dari bandar dan meningkatkan lagi privasi kediaman; banyak diantaranya turut memiliki telaga air, kemungkinanan bagi kedua-dua tujuan iaitu kebersihan dan upacara. Bandar kuno ini adalah unik kerana ia sering memiliki sistem penyaliran, kelihatannya terikat dengan kebersihan bandar sempurna yang dibangunkan dengan baik.[3]