Perang Kemerdekaan Mexico

Perang Kemerdekaan Mexico (1810-1821) telah dilancarkan oleh Miguel Hidalgo y Costilla dari sebuah gereja di Dolores. Selain beliau tokoh-tokoh lain yang terlibat termasuklah Bapa Jose Maria Morelos; Jeneral Augustin de Iturbide yang berjaya mengalahkan tentera Sepanyol dan menjadi Maharaja Mexico bermula pada tahun 1822-23; dan Jeneral Antonio Lopez de Santa Ana, yang terus menjadi tokoh politik Mexico dari 1833 hingga 1855. Santa Ana merupakan pemimpin tentera Mexico sewaktu konflik dengan Texas, yang mengisytiharkan kemerdekaan dari Mexico pada 1836, dan juga semasa Perang Amerika Syarikat-Mexico (1846-48).