Perang_Campuran_Ketiga
Perang_Campuran_Ketiga

Perang_Campuran_Ketiga

pembubaran Empayar Rom SuciPerang Pakatan Ketiga (bahasa Inggeris: War of the Third Coalition; Perancis: la Troisième Coalition; Jerman: Dritter Koalitionskrieg) merupakan konflick yang berlaku antara 1803 hingga 1806. Ia melibatkan Austria, Portugal, Rusia dan United Kingdom menentang Perancis serta negeri-negeri sekutunya. Sebelum penubugan pakatan ini, Britain sudah berperang dengan Perancis selepas pelanggaran Perjanjian Amiens. Dari 1803–1805, Britain menghadapi ancaman pencerobohan oleh Perancis. Namun, Tentera Laut Diraja British berjaya menghapuskan ancaman ini dengan menewaskan armada Perancis-Sepanyol di Pertempuran Trafalgar pada Oktober 1805. Pakatan Ketiga pula dimulakan selepas tindakan provokatif Napoleon di Itali dan Jerman mengakibatkan Austria menyertai gabungan British dan Rusia menentang Perancis. Pertempuran utama perang ini berlaku di medan darat. Napoleon berjaya menewaskan hampir seluruh tentera Austria dari Ogos hingga Oktober 1805 dalam Kempen Ulm. Dia juga mencapai kemenangan muktamad atas tentera Rusia-Austria di bawah Alexander I dari Rusia dalam Pertempuran Austerlitz pada awal Disember.Pertempuran Austerlitz menamatkan Pakatan Ketiga. Pada 26 Disember 1805, Perancis dan Austria menandatangani Perjanjian Pressburg, yang mengeluarkan Austria daripada perang, menegaskan semula Perjanjian Campo Formio dan Lunéville, memaksa Austria menyerahkan wilayah kepada sekutu-sekutu Jerman Napoleon, serta mengenakan tanggung rugi sebanyak 40 juta franc ke atas Austria. Tentera Rusia dibenarkan pulang ke tanah air. Pergabungan Sungai Rhine, iaitu gabungan beberapa negeri Jerman, ditubuhkan sebagai negara penampan di antara Perancis dan Eropah Tengah. Pada 1806, Empayar Suci Rom dibubarkan apabila Francis II melepaskan gelaran Maharaja Suci Rom tetapi mengekalkan gelarannya sebagai Maharaja Austria. Namun, peristiwa-peristiwa tersebut gagal mengekalkan keamanan di Eropah. Kerisauan Prusia mengenai pengaruh Perancis yang semakin berkembang di Eropah Tengah mencetuskan Perang Pakatan Keempat pada 1806.