Perang_Iran-Iraq
Perang_Iran-Iraq

Perang_Iran-Iraq

Perang Iran-Iraq juga dikenali sebagai Pertahanan Suci dan Perang Revolusi Iran di Iran, dan Qadisiyyah Saddam (قادسيّة صدّام, Qādisiyyat Saddām) di Iraq, adalah perang di antara Iraq dan Iran yang bermula pada bulan September 1980 dan berakhir pada bulan Ogos 1988. Umumnya, perang ini dikenali sebagai Perang Teluk Parsi sehinggalah Konflik Iraq-Kuwait tercetus pada awal 1990-an, dan untuk beberapa ketika dikenali sebagai Perang Teluk Parsi Pertama.Peperangan ini bermula apabila Iraq menceroboh sempadan Iran pada 22 September 1980 berikutan perbalahan sempadan yang berterusan dan juga desakan penggulingan rejim Saddam Hussein. Walaupun kerajaan Iraq tidak mengeluarkan sebarang amaran rasmi perang, tenteranya gagal dalam kemaraan mereka di Iran dan akhirnya serangan mereka berjaya ditangkis Iran. Sungguhpun Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menyeru untuk gencatan senjata, pertempuran tetap berterusan sehingga 20 Ogos 1988. Manakala, tawanan perang terakhir ditukar pada tahun 2003.Kesan peperangan mengubah politik serantau dan dunia. Ia juga turut menyaksikan penggunaan senjata kimia oleh tentera Saddam ke atas pasukan Iran dan juga etnik Kurdish Iran.

Perang_Iran-Iraq

Tarikh 22 September 198020 Ogos 1988
Casus belli Serangan Iraq ke atas Iran.
Lokasi Teluk Parsi, Sempadan Iran-Iraq
TarikhLokasiHasilCasus belli
Tarikh22 September 198020 Ogos 1988
LokasiTeluk Parsi, Sempadan Iran-Iraq
HasilTiada pemenang; Gencatan senjata di bawah mandat PBB; status quo ante bellum; Iraq ditempelak oleh PBB. Iran kekal menguasai Shatt al-Arab.
Casus belliSerangan Iraq ke atas Iran.
Hasil Tiada pemenang; Gencatan senjata di bawah mandat PBB; status quo ante bellum; Iraq ditempelak oleh PBB. Iran kekal menguasai Shatt al-Arab.