Penyebab Perang_Saudara_Brunei

Perang Saudara Brunei telah tercetus hanya gara-gara perlawanan sabung ayam.

Semasa pemerintahan Sultan Muhammad Ali, terdapat perselisihan faham diantara anak Sultan, Pengiran Muda (putera) Bongsu dan Pengiran Muda Alam, anak Pengiran Abdul Mumin dengan keputusan sabung ayam dimana Pengiran Muda Bungsu telah kalah.[1] Kekalahan beliau telah diejek oleh Pengiran Muda Alam. Dan kerana terlalu marah, Pengiran Muda Bongsu telah membunuh Pengiran Muda Alam dan melarikan diri dari tempat kejadian.[2]

Bagi membalas dendam, Abdul Momin dan pengikut-pengikutnya telah mencekik Sultan Muhammad Ali. Abdul Momin kemudiannya mengisytiharkan dirinya sebagai Sultan dan memakai gelaran "Sultan Abdul Hakkul Mubin".[1] Dia cuba untuk memuaskan hati pengikut Sultan sebelumnya dengan melantik cucu Muhammad Ali, iaitu Muhyiddin sebagai Bendahara baru ("Ketua Menteri").[1]

Selepas beberapa ketika, bagaimanapun, penyokong Muhammad Ali membalas dendam dengan meyakinkan Bendahara Muhyiddin untuk berdiri menentang Abdul Momin. Bendahara Muhyiddin pada mulanya enggan untuk berbuat demikian, tetapi kemudian bersetuju untuk berbuat demikian kerana penyokongnya mula membuat gangguan ke dalam istana dan rumah.[1] Sultan Abdul Hakkul Mubin kemudiannya memindahkan istananya ke Pulau Chermin atas nasihat Muhyiddin bagi menunggu sehingga krisis tamat.[1]

Selepas beliau memindahkannya, bagaimanapun, Muhyiddin telah mengisytiharkan dirinya sebagai sultan dan akhirnya satu pertempuran antara kedua-dua sultan pun tercetus. Oleh itu, Perang Saudara Brunei pun bermula.[1][2][3][4]